
Kripkorn Studios adalah sebuah laman web yang berasaskan pembelajaran yang menfokuskan kepada bidang pembangunan laman web. Laman web ini diasaskan oleh seorang anak muda dari Kelantan pada tahun 2008.
Warna biru merupakan warna tema asal laman web kami sebelum melalui proses kemas kini dan naik taraf secara keseluruhan. Biru memberikan ketenangan dan keyakinan kepada kami dalam menyebarkan informasi-informasi dan pengetahuan dalam bidang perkomputeran.
Pada Disember 2009, kami melalui satu perubahan baru dengan memperkenalkan KS V3 di mana proses pembaharuan paparan, penyusunan tutorial dan peningkatan dalam sistem SEO laman. Di versi ini, kami mengaplikasikan gabungan 2 warna tambahan iaitu hijau (menambahkan kehormonian) dan merah (meningkatkan mood aggresif laman) juga diselitkan bersama kelabu (mengimbangi tona ketiga-tiga warna).
Misi dan Sasaran
- Menyediakan tutorial yang berfokus kepada DRUPAL dan PHPBB
- Menyediakan tutorial asas untuk pembangunan laman web
- Perkongsian tips dan pengetahuan mengenai selok-belok laman web
- Merealisasikan misi terakhir dengan mengadakan kelas bimbingan secara nyata pada masa mendatang
Logo
Setiap laman perlu mempunyai identiti tersendiri bagi menjadikan satu kelainan dan tanda nama agar mudah dikenali ramai. Konsep penghasilan logo KS adalah dengan menggabungkan reka bentuk logo Drupal dan phpBB. Melalui konsep ini juga diterbitkan tema atau slogan iaitu "Komuniti Drupal & phpBB Malaysia".
Penggunaan warna biru bertujuan untuk mengekalkan identiti kami semenjak ditubuhkan walaupun pada masa mendatang kami melalui proses transformasi seiring dengan prinsip dan konsep laman web yang baru.
Garis Masa Perubahan
Setiap versi perubahan yang dilakukan mempunyai matlamat dan misi tertentu bagi menyediakan perkhidmatan pembelajaran maya dengan lebih sempurna.
Versi 1
Di versi ini pihak kami dilahirkan secara rasmi. Perangkaan sistem bina asas laman dengan tema laman yang menyediakan pemilihan templat yang pelbagai. Versi ini kami begitu rancak memasukkan tutorial-tutorial asas pembangunan laman web. Pengenalan kepada Drupal & phpBB dimulakan pada tahap pertama sahaja.


Versi 2
Kami mula memperkenalkan konsep "fluidity" dalam tema dan reka bentuk laman. Selain itu, penambahan ruangan seperti blog, galeri dan kumpulan menyediakan peluang untuk berkomunikasi dan bersosial dengan lebih meluas. Tutorial Drupal & phpBB disiapkan sehingga ke tahap ketiga. Sistem sedia ada dipertingkatkan untuk mencapai misi laman yang berspesifikasi Web 2.0.
Versi 3
Perubahan dilakukan terhadap V2 dengan memperkenalkan konsep templat yang baru iaitu gabungan "fludity" dan "fixed". Gabungan 3 elemen warna biru, hijau dan merah menjadi tunjang perubahan. Kami juga memperkenal satu sistem baru iaitu "Kolaborasi" bagi menggantikan "Blog" dan "Kumpulan". Pengunjung berkebolehan untuk menghantar tutorial sendiri. Konsep "Less is better" diterapkan.
Organisasi
Buat masa terkini, Kripkorn Studios dikendalikan sepenuhnya oleh seorang webmaster sahaja.
Mohd Hadafi Mohd Yasim
Pengendali KS
Freelances Graphic Designer
(phpBB EXpert) + (Drupal EXpert)
Pharmacist
Tulang Belakang KS
Kripkorn Studios dibina dan menggunakan teknologi pembangunan laman web yang terkini. Antaranya adalah:
- Drupal (Teras Utama)
- phpBB 3
- CSS
- PHP
- mySQL
- Flash
- Web 2.0 Technology
- AJAX
- DHTML
- RSS Feed Reader
- XHTML
- XML
- JavaScript