Pengenalan
"Search Engine Optimization (SEO)" atau dalam terma bahasanya adalah "Pengoptimuman Enjin Carian" selalu dikaitkan dengan teknik-teknik untuk meningkatkan trafik atau pasaran sesuatu laman web. Ia sememangnya tepat kerana SEO membantu dalam mempromosikan sesuatu laman dan dalam masa yang sama menuntut kepakaran dari segi teknikal - sekurang-kurangnya memahami aturcara HTML.
SEO dikaitkan dengan teknik pemasaran menggunakan teks atau kandungan dalam satu laman web. Secara umum, SEO ditakrifkan sebagai aktiviti untuk mengoptimumkan satu laman web atau keseluruhan sistem laman supaya lebih mesra kepada agen carian seterusnya mendapatkan trafik tertinggi dalam satu siri penilaian.
Perkara pertama atau yang terpenting perlu diketahui oleh pembangun laman web walaupun semua teknik dan langkah SEO telah dilakukan tidak menjanjikan laman tersebut serta merta menduduki tahap tertinggi dalam trafik. Tetapi pengabaian terhadap perkara asas dalam SEO langsung tidak meningkatkan populariti laman.
Dalam kes ini, anda perlu menetapkan misi dan target dalam siri populariti, contohnya untuk satu kata kunci pilihan, daripada 30 senarai tertinggi, ianya tersenarai pada tangga ke-10.
Hantar komen baru