Sekiranya anda masih lagi baru dalam dunia SEO, ianya mungkin agak mengejutkan bahawa teks merupakan elemen terpenting dalam memacu laman untuk ke tahap tertinggi. Tetapi ini adalah fakta. Agen Carian (dan pengunjung) menyukai dan meminati sebarang artikel, tutorial atau kandungan yang segar, baru dan terkini serta relevan kepada perkara yang ingin dicari.
Secara umunya, satu laman yang sentiasa dikemas kini dan dimasukkan kandungan baru, meningkatkan tahap kekerapan perisian agen carian melawati laman web anda pada masa mendatang. Ini tidak menjanjikan yang perisian Agen Carian akan serta merta datang selepas anda mengemas kini laman tetapi tanpa sebarang kemas kini, akan menjatuhkan populariti.
Untuk laman web syarikat yang tidak memfokuskan kepada penulisan artikel yang panjang atau penggunaan teks yang agak minima, mungkin akan mengakibatkan popularti web tersebut merudum. Selain itu, laman web jenis ini juga jarang untuk mengemas kini kandungan. Oleh itu, pastikan anda menyediakan sekurang-kurangnya satu ruangan yang memaparkan berita atau aktiviti semasa syarikat.
Hantar komen baru