Tujuan utama proses SEO adalah untuk membolehkan laman anda dilihat dan dikunjungi oleh Agen Carian sekerap yang mungkin seterusnya akan meningkatkan populariti laman tersebut. Kesan seterusnya akan membawa trafik yang lebih tinggi. Memperoleh pengunjung yang tertinggi merupakan kejayaan yang tertinggi dalam proses promosi.
Secara tulus, SEO merupakan salah satu alternatif untuk meningkatkan trafik ke laman anda. Selain itu terdapat pelbagai lagi cara yang boleh digunakan untuk menyokong proses ini agar lebih efektif yang mana tujuan asal untuk mengarahkan pengunjung ke laman kita.
Untuk kali ini, kita tidak akan menyentuh ke semua teknik-teknik selain SEO tetapi hanya sebagai informasi yang Agen Carian bukan merupakan satu sumber untuk memperoleh trafik yang tinggi. Namun ia merupakan cara yang terbaik, senang dipraktiskan dan tidak memerlukan modal.
Hantar komen baru