Artikel kali ini mungkin agak menarik dan mungkin kurang menarik. Tetapi untuk pengguna baru, artikel ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan. Berbalik kepada topik asal, kenapa perlu kecilkan saiz laman? Tentu anda tertanya-tanya bukan.
Pendahuluan
Secara konsepnya, sesuai yang bersaiz besar memerlukan masa yang lebih untuk dimuat turun. Jadi dalam kes ini, sekiranya saiz untuk satu-satu laman adalah besar, maka proses untuk memuat turun sesuatu laman akan mengambil masa lebih lama. Keadaan ini akan menyebabkan laman tersebut akan mempunyai "gap" atau jangka masa tertentu sebelum di siap dipaparkan di pelayar pengguna.
Sudah tentu anda tidak mahu menerima rungutan dari pengguna menyatakan yang laman anda lambat untuk dibuka. Saiz sesuatu laman adalah bergantung kepada banyak faktor dan setiap faktor tersebut akan cuba saya bincang dan kupaskan disertakan cara-cara yang terbaik untuk mengendalikan faktor tersebut agar anda dapat mengurangkan saiz sesuatu laman sehingga ke tahap yang paling minimum.
Kelebihan Saiz Laman Kecil
- Lebih cepat untuk dimuat turun dan dipaparkan
- Mengurangkan penggunaan jalur lebar pelayan (bandwidth server)
- Google bot lebih memilih untuk mengindeks laman web yang lebih cepat proses muat turun dan dipaparkan
- Laman lebih stabil untuk dilayari walaupun bilangan pengunjung adalah terlalu ramai
- Mengurangkan rungutan dan komen dari pengunjung
- Laman kelihatan lebih sofisikated
Hantar komen baru