Saban hari ini dapat kita lihat begitu banyak laman-laman web dibina dan diperkenalkan dunia internet ini. Masing-masing berlumba untuk menjadi satu laman web yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat di seluruh dunia.
Pengenalan
Namun, bagi orang yang baru mengenali dunia laman web ini, masih ramai yang ragu-ragu dan pening jenis-jenis laman web yang boleh dibina dan apakah jenis konsep yang sesuai digunakan sekiranya ingin membangunkan satu laman web.
Sehubungan itu, bagi yang baru, anda boleh gunakan artikel ini sebagai rujukan kepada jenis laman web yang bakal anda bina. Jadi seperti biasa, sebelum kita melangkah lebih jauh ke depan, seharusnya anda perlu tetapkan terlebih dahulu jenis kandungan yang bakal anda muatkan. Adakah anda hanya ingin menyediakan cerita-cerita mengenai diri anda, satu laman yang penuh dengan gambar-gambar atau laman web yang menyediakan kemudahan untuk berinteraksi.
Selaras dengan perkembangan dunia laman web yang memperkenal konsep Web 2.0, laman web yang berunsurkan statik atau satu hala sudah ketinggalan zaman. Sekarang kita tekankan kepada interaksi 2 hala di mana pihak pembangun menyediakan tapak dan pelawat akan turut serta untuk memeriahkan laman web anda. Inilah antara tujuan utama atau makna sebenar Web 2.0. Untuk lebih memudahkan pemahaman mengenai jenis-jenis laman web, saya simpulkan kepada 3 jenis kategori yang utama iaitu portal, forum dan blog. Ini sudah cukup untuk anda yang baru hendak bermula.
Hantar komen baru