Jika kita rujuk kembali kepada tajuk tersebut, ia membawa maksud kepada perkembangan atau perhubungan antara sesama pengguna di dalam satu laman web diikuti dengan sebarang aktiviti yang berlaku di kawasan setempat.
Apa Itu Jaringan Sosial (Social Networking)
Jadi bila perkara ini merujuk kepada laman web jaringan sosial, satu fenomena di mana antara pelawat-pelawat dalam laman tersebut boleh melakukan pelbagai aktiviti dan saling berkomunikasi atau berkongsi sesama mereka.
Statistik menunjukkan perkembangan web jaringan sosial begitu meningkat dari semasa ke semasa kerana pada masa kini laman web yang hanya berteraskan kepada perhubungan satu hala semakin kurang mendapat sambutan.
Tambahan pula dunia internet begitu pesat mempraktiskan teknologi Web 2.0 yang menjadi tumpuan dan fokus utama pembangun laman web. Sebagai contoh, Facebook antara pelopor utama menaikkan konsep Web 2.0 dan jaringan sosial yang memberikan tempias kepada Friendster dan MySpace.
Re: Web Jaringan Sosial (Social Networking)
baca sekali gerenti x puas,baca 2 kali rasa nak baca lagi....
Re: Web Jaringan Sosial (Social Networking)
terima kasih atas pujian tersebut. kemungkinan artikel ini akan diupdate dan dikemas kini lagi sebab banyak lagi perkara mengenai social networking ini boleh dibincangkan.
kalu ade maklumat tambahan, boleh dikongsikan bersama di sini.
Hantar komen baru